top of page

CSR DI MASJID AL-MUTTAQIN, DUSUN TUA, HULU LANGAT

KOPUTRA telah mengadakan aktiviti CSR pada 15 Mei 2016 yang lalu di Masjid Al-Muttaqin, Dusun Tua, Hulu Langat. 

 

Aktiviti ini telah dijayakan oleh 40 ahli KOPUTRA daripada pengurusan dan pihak property care. Aktiviti ini juga telah dibantu oleh para pelajar daripada IKBN Dusun Tua. Ahli KOPUTRA membersihkan bahagian dalam masjid, manakala pelajar IKBN pula membersihkan bahagian luar masjid.

 

Bahagian masjid telah di cat, dibersihkan, dan segala peralatan telah dibersihkan dan di susun atur dengan kemas. Aktiviti ini secara tidak langsung telah melahirkan rasa tanggung jawab dan cinta akan kebersihan dan mengeratkan silaturrahim antara KOPUTRA dengan pihak masjid dan juga pihak IKBN.

bottom of page