DIVIDEN 2021 KOPUTRA

BAYARAN DIVIDEN KEPADA ANGGOTA KOPUTRA BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR
31 DISEMBER 2021
NOTIS PEMBAYARAN DIVIDEN 2021 KEPADA ANGGOTA KOPUTRA
Makluman kepada semua anggota KOPUTRA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan pembayaran dividen sebanyak 6.0% ke atas modal syer dan 4% ke atas modal yuran.
Pembayaran dividen bagi “Batch Pertama” akan dikreditkan selewat-lewatnya pada 8 Julai 2022.
Walaubagaimanapun,KOPUTRA dalam proses membuat rayuan kepada SKM untuk meluluskan bayaran dividen sebanyak 8% modal syer dan 5% modal yuran seperti yang diluluskan semasa MAPT 36.
Sekiranya rayuan diluluskan, KOPUTRA akan terus kreditkan baki dividen ke akaun anggota.
Segala kesulitan daripada pihak KOPUTRA amatlah dikesali.
Sekian,harap maklum.
Tuntutan dividen KOPUTRA bagi Tahun 2021 hendaklah dibuat dengan mengisi Google Form yang disediakan:
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda terhadap KOPUTRA.
Keterangan Lanjut hubungi hotline keanggotaan 0163119770 atau
e-mail keanggotaan@koputra.com.my

NOTIS PEMBAYARAN TAMBAHAN DIVIDEN 2021 KEPADA ANGGOTA KOPUTRA.
Sukacita dimaklumkan, SKM melalui surat bertarikh 4 Ogos 2022, telah meluluskan rayuan pembayaran tambahan dividen sebanyak 2.0% ke atas modal syer dan 1.0% ke atas modal yuran bagi Dividen 2021.
Tambahan bayaran dividen ini akan terus dikreditkan ke dalam akaun anggota KOPUTRA pada 15 Ogos 2022 sehingga 19 Ogos 2022 secara berperingkat.
Sekian, harap maklum.
