top of page

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KOPUTRA 2019

Pada 29 Jun 2019, KOPUTRA dengan jayanya telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bertempat di perkarangan Wisma KOPUTRA. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan bertujuan meraikan bulan Syawal dan menghormati semua pihak yang menyambutnya serta sebagai sambutan dalam meraikan individu atau syarikat yang membantu KOPUTRA selama ini. Di samping itu, ianya juga bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim dan ukhwah di antara para sahabat dan kenalan yang hadir. Berbagai juadah dan hidangan yang disediakan pada majlis ini dan di antaranya adalah lemang, laksa, bihun sup dan beberapa aneka makanan lain. Para tetamu yang hadir di majlis ini begitu berselera untuk menjamah makanan yang terhidang.Di samping jamuan makan yang disajikan kepada para hadirin, acara cabutan bertuah yang menawarkan berbagai hadiah yang menarik turut diadakan bagi menarik orang ramai untuk berbelanja di Karnival Jualan KOPUTRA. Ramai yang hadir terdiri dari pelbagai kaum dan lapisan umur telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya ini.

bottom of page