Assalamualaikum wbt

PERUTUSAN TAHUN BARU 2019.

Barisan ALK, JAD, pengurusan dan kakitangan koputra yang dihormati sekelian. Bersama kita memanjatkan kesyukuran kpd Allah kerana kita Koputra telah berjaya menempuhi tahun 2018 dengan jayanya. Banyak perancangan , amanah dan janji yg kita sama2 buat samada kepada anggota perwakilan, anggota koputra dan diri kita sendiri telah kita laksanakan. 
Menyingkap tahun 2018 , kita telah berjaya melakukan perkara2 besar yg berikut:-


1. Mendapatkan pengiktirafan pensijilan ISO 9001:2015 utk skop pencucian, FM dan Lanskap . Utk pengetahuan Koputra adalah koperasi kedua dari 14,000 buah koperasi di negara ini yg telah mendapatkan pensijilan dari SIRIM (badan pensijilan yg diiktiraf oleh kerajaan). Tak terfikir langsung sejak 32 tahun yg laku kita ingin mendapatkan pensijilan ini.


2. Berjaya mencapai sasaran 30 koperasi terbaik dari 14,000 buah koperasi di Malaysia . Malah pencapaian tersebut adalah lebih baik (tempat ke 28 ) dari sasaran 30 dan pencapaian ini juga adalah lebih awal dari sasaran asal tahun 2020. Malah di peringkat WP , koputra telah berjaya menduduki tempat ke 14 koperasi terbaik.


3. Berjaya menjalankan operasi perniagaan ARRahnu. Selepas lebih dari 8 tahun dicita-citakan dan dibuat keputusan , akhirnya 1 Nov 2018 kita berjaya melakukan.
4. Perniagaan vendor perkhidmatan latihan melalui unit Perniagaan KOputra Learning Center (KLC) juga telah dimulakan dgn jayanya pada tahun 2018. Melalui KLC juga perniagaan berbentuk sukan dan pengurusan majlis/program (event mgnt) juga telah berjaya dilaksanakan.


5. Berjaya mengubahsuai Wisma koputra. Perkara yang ditangguh-tangguhkan sejak 5 tahun yg lalu akhir berjaya kita laksanakan. Wajah Wisma koputra kini sangat membanggakan dgn bilik mesy yang kemas dan sesuai, bilik latihan dan bangunan di cat baru telah memberikan suasana yang lebih menarik dan baik utk kakitangan . 

Tahun 2018 juga KOPUTRA telah diuji dengan perkara yang dianggap mencabar yg dapat meningkatkan kematangan khusus dlm memperbaiki tadbir urus kpd yg lebih baik. Antaranya cabaran dlm menghadapi pihak regulator SKM, LHDN , pelanggan2 perniagaan dan anggota2 koputra sendiri. Pihak2 yang berkepentingan ini sentiasa melihat perkembangan pesat perniagaan koputra. Mereka memainkan peranan mereka demi menjaga hak dan tanggungjawab masing2.

UNTUK MENJADIKAN koputra terus berada dikedudukan kelompok koperasi terbaik dan terus berjaya mengekalkan prestasi kewangan, pelbagai business perniagaan akan terus diadakan. Ini selaras dengan perancangan strategik 5 tahun perniagaan yg akan dilancarkan pada tahun ini. 

Dalam mencapai hasrat ini, koputra akan melaksanakan perkara2 di bawah:-


1. Memperbaiki struktur organisasi sediada agar ianya menyokong Pelan Strategik jangkapanjang koputra.


2. Meningkatkan skil dan kemahiran ALK, JAD, Pengurusan dan kakitangan.


3. Memperbaiki dan meningkatkan proses kerja melalui pembaikan berterusan


4. Mempertingkatkan hubungan baik dengan semua pihak berkepentingan khususnya SKM , ANGKASA dan agensi2 kerajaan atau SWASTA yang menjaga gerakkan koperasi.


5. Mengadakan banyak kerjasama perniagaan dengan koperasi2 dan anggota2 koputra.


6.Memantapkan perniagaan yang sediada.


7. Memperbanyakkan aktiviti CSR yg memberikan kebaikan kpd masyarakat umum dan komuniti.

Sebagai pengerusi KOPUTRA saya yakin percaya , semua perkara yang saya nyatakan di atas akan berjaya sekiranya kita semua ALK, JAD, pengurusan dan kakitangan melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah. Percaya Allah akan memberikan ganjaran pahala atas usaha baik yang kita lakukan. Marilah bersama kita jadikan koputra ini sebagai salah platform utk kita beribadah yg dapat memberikan ganjaran pahala utk kita masuk ke syurga Allah.

"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2019"

Hj Zaharuddin Alias
Pengerusi KOPUTRA
1/1/2019

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Koperasi Pelaburan Kakitangan
Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA
No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19
Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-89419770
Fax : 03-89392079

Email : koputra88@gmail.com