top of page

PROGRAM PENYERAHAN TABUNG KEBAJIKAN ANGGOTA (BANJIR) DI PULAU PINANG & KEDAH

     KOPUTRA telah mengadakan sesi penyerahan bantuan banjir kepada anggota-anggota yang terlibat dalam bencana banjir yang melanda beberapa negeri di utara semenanjung pada bulan November 2017 yang lalu. Bantuan disumbangkan dengan menggunakan Tabung Kebajikan Anggota Koputra yang diwujudkan oleh koputra 10 tahun yang lalu. Jumlah sumbangan adalah antara RM500 hingga RM2000 diberikan mengikut kategori kerosakan harta yang dialami oleh anggota. 

Dalam ucapan semasa penyerahan bantuan kepada mangsa-manga banjir , Pengerusi KOPUTRA, Hj Zaharuddin Alias menjelaskan bantuan adalah atas keperihatinan ALK KOPUTRA kepada anggota-anggota yang terlibat. Beliau berharap bantuan yang diberikan dapat membantu anggota membeli keperluan-keperluan peralatan yang rosak akibat banjir khusus barangan keperluan anak-anak.

Berucap kepada pengurus-pengurus dan kakitangan cawangan serta mangsa-mangsa banjir, beliau berharap kakitangan yang masih belum menjadi ahli koputra memohon menjadi anggota secepat mungkin. Selain menyediakan pembiayaan kredit , anggota juga dapat menikmati pelbagai faedah dan bantuan . Pengurus KOPUTRA, En. Amran Sharif dalam ucapannya juga berharap anggota-anggota dapat memuat turun Mobile App KOPUTRA agar mereka dapat mengetahui aktiviti-aktiviti dan segala informasi berkaitan KOPUTRA. 

Pengerusi KOPUTRA juga turut memaklumkan bahawa prestasi pencapaian kewangan KOPUTRA pada tahun 2017 ini tetap menunjukkan peningkatan yang berterusan walapun persekitaran ekonomi tidak begitu menggalakkan. KOPUTRA dijangka akan mencapai keuntungan yang melebihi sasaran yang ditetapkan. Beliau harap anggota-anggota samada di Bank Muamalat ataupun CIMB terus menyokong perniagaan koputra. Semoga Allah berkati setiap usaha yang dilakukan oleh KOPUTRA.

 

Lawatan seterusnya adalah ke Koperasi Keluarga Dr Azizan di Jitra membolehkan koputra melibatkan diri dalam aktiviti trading produk2 keluaran  koperasi . Lawatan ke Koperasi Guru-guru Melayu Kedah pula memberikan peluang kpd KOPUTRA untuk bekerjasama dalam bidang perlancongan di Langkawi dan Thailand, Koputra Learning Center, hartanah dan penyelenggaraan bangunan.
 

bottom of page