SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN COVID-19

Sumbangan Tabung Kebajikan Anggota Akibat Jangkitan COVID-19

KOPUTRA bersimpati terhadap anggota yang terjejas dijangkiti wabak COVID-19 yang melanda negara pada masa ini.

Bagi membantu meringankan perbelanjaan perubatan kepada anggota dan keluarga mereka yang disahkan positif menghidapi COVID-19, KOPUTRA bersetuju untuk memberikan sumbangan berikut kepada mereka yang dijangkiti COVID-19 :

  • Sumbangan RM500 kepada anggota yang disahkan dijangkiti COVID-19.

  • Sumbangan RM200 kepada anggota sekiranya ada anggota keluarganya yang disahkan dijangkiti COVID-19.

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang tabung kebajikan anggota dan menyertakan surat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa anggota / keluarga di sahkan positif COVID-19.

Permohonan boleh di email ke admin@koputra.com.my

Sumbangan Tabung Kebajikan Kakitangan Akibat Jangkitan COVID-19

KOPUTRA bersimpati terhadap kakitangan yang terjejas dijangkiti wabak COVID-19 yang melanda negara pada masa ini.

Bagi membantu meringankan perbelanjaan perubatan kepada kakitangan dan keluarga mereka yang disahkan positif menghidapi COVID-19, KOPUTRA bersetuju untuk memberikan sumbangan berikut kepada mereka yang dijangkiti COVID-19 :

  • Sumbangan RM500 kepada kakitangan yang disahkan dijangkiti COVID-19.

  • Sumbangan RM200 kepada kakitangan sekiranya ada anggota keluarganya yang disahkan dijangkiti COVID-19.

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang tabung kebajikan kakitangan dan menyertakan surat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa kakitangan / keluarga di sahkan positif COVID-19.

Permohonan boleh di email ke hr@koputra.com.my