top of page

TAKAFUL

A) Takaful  Berkelompok

 

1.Group Protection Takaful (GPT)

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOPUTRA Ke-31 yang bersidang pada 29 April 2017 telah meluluskan pemgambilan SKIM GROUP PROTECTION (GPT) daripada GREAT EASTERN bagi mengantikan SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK yang dikendalikan oleh ETIQA TAKAFUL. MAPT Ke-31 juga telah bersetuju untuk mewajibkan semua anggota menyertai SKIM GROUP PROTECTION TAKAFUL (GPT).


Pihak KOPUTRA membuat potongan sumbangan bulanan seperti sediakala kepada anggota yang mempunyai SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK, manakala anggota yang tiada mengambil SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK sebelum ini potongan minima sumbangan bulanan sebanyak RM10.00 dilakukan bermula SEPTEMBER 2017.

 

KOPUTRA telah menjalinkan kerjasama dengan Great Eastern Takaful Berhad untuk mewujudkan satu pelan perlindungan yang istimewa khusus untuk anggota koperasi yang mana pelan Group Protection ini julung kali diperkenalkan di pasaran yang merangkumi faedah serta kebaikan yang bakal dinikmati seperti berikut:-

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Semua manfaat di atas dapat dinikmati dengan sumbangan serendah RM10.00 SEBULAN / RM 0.33 SEHARI.

Ciri Ciri Utama Group Protection Takaful

 

1.2 Takaful Berkelompok

       • Skim Perlindungan Berkelompok.
       • Premium yang rendah dari RM10 sebulan ke RM100 sebulan untuk perlindungan RM17,000 ke                         RM170,000.

 

Faedah

  • Isteri / suami yang bukan anggota boleh menyertainya.

  • Pampasan kehilangan keupayaan.

  • Pampasan berganda untuk kematian kemalangan atau

  • Perbelanjaaan pengebumian.

  • Manafaat hospital

2. Perlindungan Penyakit Kritikal 
    Perlindungan dan pampasan bagi penyakit kritikal dengan premium yang rendah.

3. Perlindungan
    24 jam yang merangkumi seluruh dunia.

B) Takaful Kenderaan (Motor/Kereta/Syarikat) & Cukai Jalan

 

     • Kerjasama dengan Etiqa Takaful Berhad/ Takaful Ikhlas Berhad/ Syarikat Takaful Malaysia Berhad

     • Tempoh maksimum bayaran balik selama sepuluh (10) bulan TANPA caj kadar faedah.

     • Lima (5) buah kenderaan dengan jumlah maksimum pembiayaan sebanyak RM5,000.

     • Pembiayaan termasuk takaful kenderaan.

     • Polisi perlindungan dikeluarkan dengan serta merta.

     • Penghantaran cukai jalan kenderaan (road tax) terus ke pejabat anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

C) Takaful Keluarga

 

1. Takaful Ikhlas Berhad

Skim Perlindungan Hayat & Simpanan
KOPUTRA telah menjalinkan kerjasama dengan Takaful Ikhlas Berhad untuk mewujudkan satu pelan perlindungan yang istimewa khusus untuk anggota koperasi yang mana pelan Takaful Keluarga ini julung kali diperkenalkan di pasaran yang merangkumi faeadah serta kebaikan yang bakal dinikmati seperti berikut:-

 

1.1. IKHLAS SAVING PRIME TAKAFUL

  • Pelan menyediakan perlindungan Takaful terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh Peserta Takaful terlebih dahulu kematangan dalam Sijil Takaful.

  • Skim perlindungan SERENDAH RM70-RM500

  • Ianya merupakan pelan unggul yang menyediakan elemen simpanan dan perlindungan takaful individu.

  • Mempunyai perlindungan penyakit kritikal RM25,000-RM40,000.

  • Elaun harian hospital SERENDAH RM100/hari.

  • Pampasan kematian/ Keilatan RM100,000.

  • Upah haji diuruskan wakil takaful sekiranya berlaku sebarang musibah.

  • Menggunakan Program Amal Jariah menderma sambil mencarum kerana sebahagian daripada caruman yang dibayar akan diderma kepada pampasan yang terlibat.

1.2. IKHLAS INVESTMENT LINK SECURE TAKAFUL

  • Pelan menyediakan perlindungan Takaful terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh Peserta Takaful terlebih dahulu kematangan dalam Sijil Takaful.

  • Skim perlindungan SERENDAH RM70 - RM500.

  • Ianya merupakan pelan unggul yang menyediakan elemen simpanan dan perlindungan takaful individu.

  • Elaun harian hospital SERENDAH RM100 / HARI.

  • Pampasan kematian/ Keilatan RM200,000.

  • Upah haji diuruskan wakil takaful sekiranya berlaku sebarang musibah.

  • Menggunakan Program Amal Jariah menderma sambil mencarum kerana sebahagian daripada caruman yang dibayar akan diderma kepada pampasan yang terlibat.

1.3. IKHLAS PENDIDIKAN TAKAFUL

  • Pelan yang menyediakan perlindungan dan simpanan terhadap anak-anak yang berusia dari 30 hari ke 23 tahun.

  • Skim perlindungan SERENDAH RM70-RM150.

  • Pampasan kematian/ keilatan/ penyakit kritikal diberi kepada anak-anak atas musibah yang melanda ibu dan bapa sebanyak RM10,000-RM50,000.

  • Polisi menjadi PERCUMA sehingga tempoh matang polisi sekiranya berlaku musibah pada ibu dan bapa.

  • Upah haji diuruskan wakil takaful sekiranya berlaku sebarang musibah.

  • Menggunakan Program Amal Jariah menderma sambil mencarum kerana sebahagian daripada caruman yang dibayar akan diderma kepada pampasan yang terlibat.

 

1.4. IKHLAS MEDIKAL KAD SECURE TAKAFUL

  • Perlindungan menjurus kepada kad perubatan bagi menanggung semua kos rawatan dengan PERCUMA.

  • Skim perlindungan SERENDAH RM120 - RM500.

  • Perlindungan kos rawatan tanpa memerlukan sebarang pengeluaran tunai.

  • Tiada Ko-Takaful pada kos rawatan yang terlibat.

  • Umur penyertaan sehingga 70 tahun.

  • Elaun harian hospital SERENDAH RM150 bagi mana-mana Hospital Kerajaan.

  • Perlindungan perbelanjaan penginapan kepada pasangan.

  • Pemberian BAYARAN TUNAI terus bagi kos rawatan penyakit BUAH PINGGANG dan penyakit KANSER.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

*RENUNGKANLAH DEMI MASA DEPAN ANDA/ KELUARGA ANDA. BIAR BERSUSAH SEKARANG, BERSENANG DI KEMUDIAN HARI.*

 

 

 

2. Prudential BSN Takaful Berhad

  • Skim Perlindungan Hayat & Simpanan

  • KOPUTRA telah menjalinkan kerjasama dengan Prudential BSN Takaful Berhad untuk mewujudkan satu pelan perlindungan yang istimewa khusus untuk anggota koperasi yang mana pelan Takaful Keluarga ini julung kali diperkenalkan di pasaran yang merangkumi faeadah serta kebaikan yang bakal dinikmati seperti berikut:-

 

2.1 PRUBSN PROTECT

  • Penyediaan perlindungan kewangan bagi diri dan keluarga dengan memberikan waris bayaran tunai sekiranya ada kehilangan nyawa dan hilangn upaya kekal.

  • Perlindungan kewangan dalam menghadapi inflasi dengan peningkatan 5% setiap 3 tahun sepanjang tempoh sijil.

  • Sumbangan perlindungan SERENDAH RM30 / bulan dengan pampasan bermula RM20,000 sehingga RM50,000.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

D) KOPSYA Takaful

1. Skim Pilihan

 

1.1. Skim Takaful Kemalangan Siri Berkelompok Dengan Manfaat Penghospitalan Tanpa Tunai

  • Penyediaan manfaat Takaful sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan.

  • Skim ini juga menampung perbelanjaan perubatan seperti perbelanjaan klinikdan hospital, perbelanjaan pengkebumiaan, elaun harian hospital.

  • Skim ini menyediakan KAD PERUBATAN kepada anggota bagi tujuan kemasukan dan pelepasan hospital akibat kemalangan di mana-mana hospital panel di bawah skim ini.

  • Perlindungan yang disediakan adalah untuk tempoh 24 jam di serata dunia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

E) Takaful Kemalangan Diri (Personal Accident)

 

1. Skim Pilihan

 

1.1. Flexi PA

  • Penyediaan skim perlindungan kematian / hilang upaya kekal akibat kemalangan sebanyak RM50,000.

  • Elaun kemasukan hospital RM50 sehinggan RM5,000.

  • Sumbangan perlindungan hanya RM0.19 sehari.

  • Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan.

  • Perlindungan ini merupakan perlindungan di serata dunia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.2. Driver and Passenger PA

  • Perlindungan kematian akibat kemalangan semasa dalam kenderaan yang dilindungi sehingga RM50,000 bagi setiap orang yang dilindungi/ penumpang.

  • Perlindungan hilang upaya kekal menyeluruh akibat kemalangan semasa dalam kenderaan yang dilindungi sehingga RM50,000 bagi setiap orang yang dilindungi/ penumpang.

  • Pembayaran balik kos perubatan yang ditanggung akibat kemalangan semasa dalam kenderaan yang dilindungi bagi setiap orang yang dilindungi/ penumpang.

  • Perbelanjaan pengebumiaan disediakan sehingga RM1,000 bagi setiap orang yang berada di dalam kenderaan yang dilindungi.

 

SUMBANGAN

F) Insentif Takaful

Insentif berbentuk wang tunai akan diberikan kepada mana-mana anggota KOPUTRA yang memperkenalkan pelanggan baru kepada KOPUTRA. 

 

*Kelayakan insentif merujuk kepada terma dan syarat.

Muat Turun

bottom of page