top of page

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA

KOPUTRA DAN PANDAN INDAH FC

Pada 24 Disember 2016 yang lalu, KOPUTRA telah mengadakan perlawan bola persahabatan antara KOPUTRA dengan Pandan Indah FC. Perlawanan ini diadakan di padang Uniten, Bangi.

 

Pemain KOPUTRA dapat beriadah bersama dan menguatkan semangat kerja berpasukan dalam mencapai sesuatu sasaran.

 

Aktiviti ini turut disertai oleh Pengurus Besar KOPUTRA serta pihak property care dan pihak pengurusan sendiri.

 

Klik sini untuk gambar aktiviti.

AKTIVITI PROMOSI PEMBIAYAAN

Aktiviti promosi pembiayaan Koputra telah diadakan di Menara CIMB yang terletak berhampiran dengan KL Central pada 29 dan 30 November 2016 bersama dengan panel unit pembiayaan.

Aktiviti ini bertujuan untuk mempromosi barangan dan Cash-I

dari Koputra.

PROGRAM BRAINSTORMING           KOPUTRA 2016

KOPUTRA telah mengadakan Program Brainstorming KOPUTRA pada 4 hingga 6 Novermber 2016 yang lalu di Phnom Penh, Cambodia. Program ini telah dihadiri seramai 25 peserta yang terdiri daripada 12 orang ALK, 4 orang JAD, 1 orang wakil perwakilan dan 8 kakitangan pengurusan.

 

Brainstorming ini diadakan adalah bertujuan untuk memantapkan perniagaan KOPUTRA dan pada masa yang sama untuk menjana keuntungan.

Sila klik sini untuk gambar-gambar seterusnya.

 

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA     AIDILFITRI KOPUTRA 2016

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Koputra 2016 telah diadakan pada 30 Julai 2016, bertempat di hadapan bangunan Wisma Koputra. Kesemua staff Koputra berganding bahu bagi menjayakan sambutan tersebut.

 

Sambutan dihiasi dengan dendangan lagu hari raya. Pada masa yang sama kaunter Promosi Raya Koputra juga diadakan . Sambutan diakhiri dengan cabutan bertuah.

Sila klik sini untuk gambar-gambar ketika majlis berlangsung.

MAJLIS IFTAR &

PENYERAHAN ZAKAT 2016

MAJLIS IFTAR & PENYERAHAN ZAKAT 2016

Seperti tahun-tahun sebelum ini, KOPUTRA sekali lagi mengadakan Majlis Iftar & Penyerahan Zakat 2016 kepada kakitangan KOPUTRA yang layak menerima zakat. Majlis ini turut diserikan lagi oleh Ustaz Roslan Mohammad dengan tazkirah beliau yang berkisarkan tentang bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Aktiviti ini telah berlangsung dengan jayanya dan telah disertai oleh ALK, Pihak Pengurusan dan Pihak Property Care.

Sila klik sini untuk gambar-gambar ketika majlis berlangsung.

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA

KOPUTRA DAN SUBANG FC

Pada 21 Mei 2016 yang lalu, KOPUTRA telah mengadakan perlawan bola persahabatan antara KOPUTRA dengan Subang FC. Perlawanan ini diadakan di Stadium Pancarona, Putrajaya.

 

Pemain KOPUTRA dapat beriadah bersama dan menguatkan semangat kerja berpasukan dalam mencapai sesuatu sasaran.

 

Aktiviti ini turut disertai oleh Ahli Lembaga KOPUTRA dan Pengurus Besar KOPUTRA serta pihak property care dan pihak pengurusan sendiri.

 

Klik sini untuk gambar aktiviti.

MAKAN MALAM DAN

MAPT KE - 30

Pada 23 dan 24 April 2016 yang lalu, KOPUTRA telah mengadakan Majlis Makan Malam dan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung KOPUTRA Kali Ke - 30. Majlis ini telah mengambil tempat di Grand Ballroom, Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

Aktiviti ini telah dihadiri oleh pihak pengurusan KOPUTRA, Property Care, Anggota Lembaga KOPUTRA, dan pihak-pihak lain yang berkenaan dalam majlis ini. Majlis ini juga turut diserikan dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara 6 syarikat dengan KOPUTRA. 

Majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan oleh IIUM Percussion Club. Untuk gambar semasa berlangsungnya majlis ini, sila klik di sini.

bottom of page