top of page

SOALAN LAZIM

APA YANG KAMI BOLEH BANTU (FAQ) ?

1) Bagaimana cara untuk mendaftar / menjadi anggota KOPUTRA ?

 

Untuk mendaftar / menjadi anggota KOPUTRA, tuan/puan boleh memohon secara online di http://www.koputraonline.com.my/siskop/

 

​2) Siapakah yang layak untuk menjadi anggota KOPUTRA ?
 

Keanggotaan koperasi ini terbuka kepada :

  • Kumpulan BMMB dan CIMB yang telah disahkan jawatan

  • Kakitangan tetap KOPUTRA yang telah disahkan jawatannya

  • Bekas kakitangan BBMB, BMMB, CIMB dan KOPUTRA

  • Suami atau isteri anggota yang sah dan anak-anak anggota berumur 18 tahun ke atas
     

3) Berapakah caj yuran pendaftaran yang akan dikenakan kepada anggota KOPUTRA ?

 

Bagi setiap permohonan baru, akan dikenakan caj sebanyak RM 50.00 bagi sekali permohonan.

 

4) Berapakah caj yuran bulanan yang akan dikenakan kepada anggota KOPUTRA selepas mendaftar keahlian ?

 

Berikut adalah pecahan caj bayaran yang akan dikenakan kepada anggota :

 

 

Keanggotaan koputra.jpg

5) Adakah saya perlu membuat bayaran terus kepada akaun KOPUTRA secara online selepas mendaftar keahlian (bagi yang masih berkhidmat dengan BMMB & CIMB) ?

 

 Untuk kumpulan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB), tuan/puan tidak perlu membuat sebarang transaksi selepas mendaftar keahlian kerana segala bayaran/caruman keahlian akan dibuat melalui potongan gaji tuan/puan.

 

Manakala, bagi kumpulan CIMB perlu membuat bayaran terus (bagi bulan pertama) kepada akaun KOPUTRA selepas pendaftaran keahlian tuan/puan diluluskan. Dan, selepas bayaran pertama, tuan/puan daripada kumpulan CIMB perlu membuat “Standing Instruction” (SI) bagi pembayaran yang seterusnya. (lampiran bukti bayaran dan SI perlu diberikan kepada KOPUTRA).

6) Jika saya telah berhenti kerja @ bersara daripada Bank Muamalat @ CIMB, bolehkah saya meneruskan keanggotaan sebagai anggota KOPUTRA ?

 

 Walaupun tuan/puan telah berhenti kerja@bersara daripada Bank Muamalat @ CIMB, tuan/puan masih boleh meneruskan keanggotaan sebagai anggota KOPUTRA.

 

7) Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran caruman bulanan jika saya sudah berhenti kerja @ bersara ?

 

 Tuan/puan boleh membuat bayaran melalui 3 cara :

  1. Bayaran secara tunai (Di Wisma KOPUTRA)

  2. Online transfer

  3. Standing Instruction (SI)

 

Bayaran boleh dibuat ke akaun yang berikut :

KOPERASI PELABURAN KAKITANGAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD

CIMB : 8600254906

BANK MUAMALAT (BMMB) :1401-0000172-715

*Lampirkan slip bayaran sebagai bukti bayaran yang dilakukan*

 

8) Bagaimana jika saya sudah tidak bekerja / bersara dan hendak berhenti menjadi ahli serta mengeluarkan segala caruman saya di KOPUTRA ?

Untuk makluman ;

 

Kelulusan penamatan keanggotaan tertakhluk kepada UUK Koperasi perkara 21(1) iaitu : “Seseorang anggota boleh menarik diri daripada koperasi dengan memberi notis bertulis dua belas (12) bulan terlebih dahulu”

 

Selepas itu, segala wang caruman tuan/puan akan dikembalikan tertakluk kepada UUK Koperasi perkara 24(1) iaitu :

“Jika seseorang anggota terhenti menjadi anggota koperasi ini, semua wang kepunyaannya setelah ditolak hutangnya dengan koperasi akan dikembalikan kepada anggota selepas akhir tempoh notis”

 

9) Bagaimana saya boleh berhubung untuk bertanya dengan lebih lanjut mengenai keanggotaan saya di KOPUTRA ?

 

Tuan / Puan, sebarang pertanyaan mengenai keanggotaan boleh berhubung melalui :

Email : keanggotaan@koputra.com.my

Telefon / whatssapp : 016-6049770 / 03-8941 9770 / 03-8966 2477

bottom of page