KEMPEN KEANGGOTAAN BARU KOPUTRA

1) Anggota baru akan menerima hadiah 1 beg BATA
-
Mendaftar dan membayar wang pendaftaran.
2) Hadiah bulanan (Anggota Baru)
-
Anggota baru yang telah mendaftar dan telah membuat bayaran pendaftaran serta bermula potongan gaji atau SI.
-
Hadiah untuk dimenangi (Baucer penginapan White Rose 3H 2M)

*Tempoh sah digunakan sehingga Disember 2021.
3) Hadiah Utama
-
Layak kepada anggota yang berdaftar sepanjang tempoh 6 bulan.
-
Hadiah utama sehingga berjumlah RM4,500.

4) Hadiah wakil terbaik (introducer)
-
Layak kepada wakil yang dilantik atau anggota yang mendapatkan anggota baru yang paling ramai.
-
Kelayakan paling ramai terkumpul selama tempoh kempen (minima lebih 30 orang) layak untuk menyertai sebagai penerima hadiah.
-
Hadiah berjumlah sehingga RM25,500.


SYARAT - SYARAT KEANGGOTAAN
1) Syarat-syarat Keanggotaan
(a) Keanggotaan koperasi ini terbuka kepada :
-
Kumpulan BMMB dan CIMB yang telah disahkan jawatan
-
Kakitangan tetap KOPUTRA yang telah disahkan jawatannya
-
Bekas kakitangan BBMB, BMMB, CIMB dan KOPUTRA
-
Suami atau isteri anggota yang sah dan anak-anak anggota berumur 18 tahun ke atas
(b) Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah :
-
Warganegara Malaysia;
-
Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun;
-
Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini
-
Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana- mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
2) Cara Permohonan Anggota
Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat secara atas talian (online). Tekan butang "Daftar" untuk mendaftar melalui sistem iKoop.
PERMOHONAN KEANGGOTAAN
