top of page

MAKLUMAT KORPORAT

AMY02164 edit.jpg

Hj. Zaharuddin Bin Alias

Pengerusi KOPUTRA

Melalui laman web ini, anggota Lembaga KOPUTRA berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan terkini kepada anda supaya anda semua dapat mengetahui tentang program-program serta perkhidmatan yang telah dan juga yang akan disediakan oleh KOPUTRA.

 

Kami berpendapat laman web ini dapat memberi maklumat serta perkhidmatan pada bila-bila masa tanpa had masa dan batas sempadan supaya anda boleh mengakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. 

 

Adalah menjadi azam saya dan Anggota Lembaga KOPUTRA yang lain untuk menjadikan KOPUTRA sebuah koperasi yang cemerlang dan menjadi kebanggaan kepada anda semua sesuai dengan visi, misi serta objektif KOPUTRA. Sebagai sebuah organisasi yang berteraskan perkhidmatan atau "service-oriented", KOPUTRA akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada semua anggota.

 

Semoga maklumat yang ada di laman web kita ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua anggota. Selamat melayari laman web KOPUTRA

 

Sekian, terima kasih.

bottom of page