top of page
BRAINSTORMING KOPUTRA 2017
HOLIDAY INN MELAKA
10 – 12 NOV 2017
Pada 10 hingga 12 Nov 2017 telah berlangsung dengan jayanya Program Brainstorming KOPUTRA bagi Tahun 2017 di Holiday Inn, Melaka. Seramai 30 peserta yang terdiri daripada Anggota Lembaga KOPUTRA (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) Serta kakitangan pengurusan telah terlibat dalam program kali ini.
Pada hari pertama, telah diadakan majlis perasmian program yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Melaka (JPAN) Tn Hj Muslim. Dalam ucapan perasmian, beliau berkata ‘Tidak pernah lagi selama saya bertugas mendengar ada koperasi melaksanakan program Brainstorming sebagai acara tahunan, jadi KOPUTRA adalah koperasi pertama yang melaksanakan program ini sebagai program tahunan, tahniah saya ucapkan’. Beliau juga menekankan agar semua pihak perlu memainkan peranan dalam mencapai matlamat memartabatkan KOPUTRA menjadi 30 koperasi terbaik, ‘Saya yakin KOPUTRA akan mencapai matlamat menjadi 30 Koperasi terbaik 2020’ ujurnya lagi. Selesai majlis perasmian,Program diteruskan dengan Pembentangan Pencapaian Prestasi KOPUTRA bagi suku tahun ke tiga 2017 oleh Pengurus Besar KOPUTRA, En Amran Bin Syarif . Pada sebelah malam perbincangan kumpulan pula diterukan.
Pada Hari ke dua,Program dihadiri oleh Naib Presiden ANGKASA, Dr.Mohd Azlan Yahya selaku Koordinator program, beliau telah menyampaikan taklimat berkaitan peranan ANGKASA dalam membantu Koperasi. Beliau juga Bersama-sama peserta lain dalam sesi pembentangan kumpulan- kumpulan yang terlibat. Sebanyak 5 kumpulan telah ditubuhkan bagi program ini iaitu, KPC Property Care, Perniagaan Baru, Hartanah & Hospitaliti, Inovasi & Teknologi dan dilengkapi dengan kumpulan terakhir memperkukuh tadbir urus. Pembentangan yang padat dengan pengisian idea-idea baru dari setiap kumpulan mendapat sambutan baik dari semua perserta. Sesi Brainstorming berakhir dengan rumusan dan plan tindakan oleh Setiausaha KOPUTRA En. Sazali Bin Sajidin. Penutup hari kedua telah disempurnakan oleh pengerusi KOPUTRA Tuan Hj Zaharuddin dengan menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta.
Pada Hari ke tiga, program di teruskan dengan lawatan peserta ke Hotel KOBEMAS Melaka, Kehadiran KOPUTRA disambut baik oleh pihak KOBEMAS. Pengurusan KOBEMAS, melalui Setiausahanya iaitu Pn.Rabiah Al Adawiyah Binti Mohamad dan Pengurus Besar En Abu Hassan Bin Ismail, telah menerangkan struktur dan sejarah KOBEMAS serta operasi perniagaan hotel. Pihak pengurusan juga membawa rombongan melawat bilik hotel, dewan mesyuarat dan dewan makan di
bangunan hotel. Dengan adanya program seperti ini, pihak KOPUTRA dapat memberi fokus dalam perlaksanaan memartabatkan KOPUTRA menjadi 30 Koperasi Terbaik 2020.
bottom of page