KOPUTRA dan Kelantan Gold Trade telah memeterai perjanjian kerjasama perniagaan Emas
Alhamdulillah, hari ini KOPUTRA dan Kelantan Gold Trade telah memeterai perjanjian kerjasama perniagaan Emas iaitu lantikan sebagai wakalah KORPORAT KOPUTRA kepada KGT.
Majlis yang telah diadakan ini dihadiri oleh Tuan Haji Zaharuddin Alias Pengerusi KOPUTRA dan En.Sazali Sajidin Setiausaha KOPUTRA sebagai wakil Pengurusan KOPUTRA dan Tuan Wan Najahuddin bin Wan Fuad, Pengurus Besar KGT mewakili Kelantan Gold Trade Sdn Bhd.
Melalui lantikan ini KOPUTRA boleh mendaftar individu atau Organisasi atau Koperasi yang berminat menyimpan emas atau perak melalui sistem EDND milik KGT.
Dirham dan Dinar ini akan dipamerkan di semua cawangan-cawangan Ar-Rahnu KOPUTRA dan Kelana Emas KOPUTRA bermula awal Januari 2025.
KOPUTRA berharap kerjasama ini menjadi titik permulaan bagi membentuk jalinan Kerjasama sebagai Rakan Startegik Perniagaan Emas antara Koperasi KOPUTRA dan Syarikat KGT.