top of page

PROGRAM CSR BUBUR LAMBUK KOPUTRA DI MASJID TAMAN BUKIT BELIMBING

​​

      Pada hari Khamis bertarikh 13 Mac 2025, KOPUTRA telah melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan kerjasama pihak Masjid Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan yang bertujuan untuk memberi sumbangan kepada komuniti sekitar melalui aktiviti memasak dan pengagihan bubur lambuk. Program ini melibatkan penyediaan bubur lambuk yang dimasak dengan penuh kasih sayang oleh kakitangan KOPUTRA dan telah diagihkan kepada beberapa pihak yang memerlukan.

 

OBJEKTIF PROGRAM

  1. Menjalin hubungan baik antara KOPUTRA dan komuniti setempat.

  2. Memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan, seperti kakitangan, Jemaah masjid, serta anggota unit beruniform seperti bomba dan polis.

  3. Mengukuhkan nilai kekitaan dan kerjasama dalam kalangan kakitangan KOPUTRA.

 

PELAKSANAAN PROGRAM

            Program ini dimulakan dengan aktiviti memasak bubur lambuk di Masjid Bukit Belimbing, Seri Kembangan yang melibatkan tenaga kerja kakitangan KOPUTRA. Bubur lambuk yang dimasak dengan bahan-bahan segar dan berkualiti ini kemudian dibungkus dan diagihkan kepada beberapa pihak seperti:

  • Kakitangan KOPUTRA

  • Masjid Taman Bukit Belimbing

  • Bomba Bandar Tun Hussein Onn

  • Balai Polis Balakong

 

            Sambutan daripada kakitangan KOPUTRA, pihak pengurusan masjid dan komuniti masyarakat sangat positif, di mana mereka menghargai inisiatif yang diambil oleh KOPUTRA untuk berkongsi rezeki dan memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Kakitangan KOPUTRA merasa lebih dihargai dan lebih erat hubungan antara mereka. Begitu juga pihak Masjid Taman Bukit Belimbing, Balai Bomba Bandar Tun Hussein Onn, dan Balai Polis Balakong yang KOPUTRA turut memberi penghargaan kepada mereka terhadap sumbangan yang diberikan oleh mereka kepada masyarakat dalam menjalankan tugas harian.

 

            Program CSR ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima sumbangan, tetapi juga memperkukuhkan ikatan antara KOPUTRA dan komuniti setempat. Dengan meneruskan program seperti ini pada masa akan datang, diharapkan lebih ramai lagi pihak yang dapat merasai manfaatnya, sekaligus meningkatkan imej dan reputasi KOPUTRA sebagai satu Syarikat yang bertanggungjawab sosial dan prihatin terhadap komuniti.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page