KUNJUNGAN PERBINCANGAN
USAHASAMA KHIDMAT PEMBERSIHAN
Wisma Koputra 2 , 18 Disember 2025 – KPC Property Care Sdn. Bhd. (KPC) hari ini yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, En. Kamsani Bin Muda dan En. Faiz Nazifi, Eksekutif Kanan Perolehan & Pemasaran telah menerima kunjungan daripada Tuan Haji Burhan bersama rakan-rakan niaga beliau bagi sesi perbincangan awal berhubung potensi usaha sama penyediaan khidmat pembersihan di sekitar Lembah Klang.
Perbincangan tersebut melibatkan cadangan pelaksanaan perkhidmatan pembersihan yang memerlukan seramai 62 orang pekerja am, sebagai sebahagian daripada keperluan operasi projek yang dicadangkan. Sesi ini bertujuan sebagai peringkat pengenalan untuk memahami skop kerja, keperluan tenaga kerja serta model kerjasama yang berpotensi antara kedua-dua pihak.
Walau bagaimanapun, memandangkan perbincangan ini masih berada pada peringkat awal, tiada sebarang perjanjian dimeterai. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa perbincangan lanjut akan diadakan bagi menambah baik input dan memperincikan cadangan ke arah perbincangan usaha sama pada peringkat seterusnya.
Pihak KPC Property Care Sdn Bhd menyambut baik peluang kerjasama ini dan komited untuk meneroka potensi usaha sama strategik yang dapat memberikan manfaat dan keuntungan bersama. Semoga peluang dan ruang yang ada ini mampu memberikan kejayaan kepada pihak KPC Property Care Sdn Bhd.



