Pertadingan Akhir "Spelling Challenge" Anjuran Smart Reader Worldwide
15hb November 2025. Bertempat di Aeon Mall Shah Alam telah berlangsungnya pertandingan akhir "Spelling Challenge " anjuran Smart Reader Worldwide.
Saringan pertama telah berlangsung pada 29&30hb Oktober lepas. Bagi pusingan akhir ini seramai 43 orang pelajar terpilih dari 11 buah tadika Smart Reader Kids kawasan Lembah Klang.
Wakil dari Smart Reader Kids Tamarind Square, Muhammad Eshal bin Muhammad Emuff Dhiya berjaya memasuki sehingga pusingan ke tiga.
Tempat pertama dimenangi pelajar dari SRK Kepong Business Park. Tempat kedua pelajar dari SRK bandar baru bangi dan ketiga pelajar dari SRK SS19.
Ini merupakan penyertaan pertama kali dari SRK Tamarind Square. Pertandingan ini dapat mencungkil bakat pelajar, menambah keyakinan diri dan memberi pendedahan baru kepada pelajar. Majlis berakhir pada pukul 6 petang.



