top of page

SERAHAN SUMBANGAN KOPUTRA KEPADA TAHFIZ DI BANGI

Pada hari Khamis bertarikh 9 Januari 2025, satu serahan sumbangan telah dibuat daripada pihak KOPUTRA yang diwakili oleh Bendahari KOPUTRA iaitu Tuan Haji Saifulzaman Bin Ahmad kepada Mudir Akademi Tahfiz Quran Al-Fawwaz di Bangi iaitu Ustaz Wan Khairul Ihsanuddin Bin Wan Abdul Razak berjumlah RM3,000.

Sumbangan ini bertujuan ingin membantu Akademi Tahfiz Quran Fawwaz membeli bangunan tahfiz yang telah disewakan selama ini kerana pemilik tuan rumah ingin menjualkan rumah kepada pihak tahfiz. Oleh kerana pelbagai pembinaan dan pembangunan tambahan telah dibuat, pihak tahfiz berhasrat ingin membeli tetapi pihak tahfiz tidak mempunyai jumlah wang yang banyak.

Semoga dengan sumbangan daripada pihak KOPUTRA ini dapat membantu memudahkan urusan pembelian bangunan tahfiz.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page