top of page

MAJLIS GRADUASI SMART READER KIDS KOPUTRA, TAMARIND SQUARE, CYBERJAYA BAGI SESI 2024

Pada 11 Januari 2025 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Graduasi Smart Reader Kids KOPUTRA, Cawangan Tamarind Square Cyberjaya bagi sesi pembelajaran tahun 2024 yang diadakan di DKP 3, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai.

Seramai 20 orang pelajar berumur 6 tahun yang telah diraikan di dalam majlis graduasi ini kerana telah menamatkan sesi pembelajaran di Smart Reader Kids KOPUTRA, Tamarind Square, Cyberjaya.

Tema “Magical World” dipilih sebagai tema rasmi untuk Majlis Graduasi pada tahun ini yang bermaksud dunia yang oenuh keajaiban, keindahan dan unsur fantasi, seiring dengan dunia di mata kanak-kanak yang terlihat indah dan ajaib.

Tn Hj Zaharuddin Bin Alias, selaku Pengerusi KOPUTRA telah dijemput sebagai tetamu khas untuk menyampaikan sijil graduasi kepada kanak-kanak. Bukan itu sahaja, undangan khas yang dijemput adalah Puan Suraya, ALK KOPUTRA dan Encik Azahar, wakil daripada Smart Reader Worldwide, dijemput khas untuk menyampaikan hadiah kepada kanak kanak ini.

Sepanjang majlis graduasi, para tetamu dihiburkan dengan persembahan-persembahan menarik oleh kanak-kanak tahun 3, 4 dan 5 yang dilatih khas oleh guru-guru tadika. Persembahan yang menarik menunjukkan dedikasi guru-guru serta guru besar yang berhempas pulas dalam mencipta koreografi mudah serta melatih kanak-kanak untuk menjayakan majlis ini.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page