top of page

PEMBENTANGAN HALA TUJU TAHFIZ KOPUTRA

24 Januari 2026 - Sabtu

Bayview Hotel Melaka

KOPUTRA telah membentangkan cadangan kerjasama untuk pembangunan Tahfiz KOPUTRA kepada Lembaga Yayasan Infaq ANGKASA yang di pengerusikan oleh YB SS Dato’ (Dr.) Hj. Nooh Gadot dan barisan Ahli Lembaga pemegang amanah yang turut hadir ialah Ybg. Tan Sri Dr Ismail, Y.A.D SS Dato Hj. Anhar, Ybhg Dato’ Ahmad Tajuddin, Ybhg. Prof Madya Dr. Abdul Rahman dan Dr Mohd Azlan CEO Yayasan Infaq.

Wakil KOPUTRA yang hadir ialah Tn Hj Zaharuddin Alias (Pengerusi), En Jasni Ahmad (Timb. Pengerusi), Amran Mat Sharif (CEO) dan Ustaz Hafizuddin (Mudir Tahfiz)

Pembentang ini dibahagikan kepada 2 iaitu pembentangan i tekad BMMB oleh Tn Hj Zaharuddin Alias, Tahfiz KOPUTRA oleh Amran Mat Sharif dan Ust. Hafiz Mudir Tahfiz. Konsep tahfiz KOPUTRA adalah Tahfiz dan Kemahiran. Gambaran terkini operasi pentadbiran dan kerja penambakan tanah tapak sekolah telah dibentang kepada lembaga yayasan infaq.

Turut dibincangkan berkenaan bentuk kerjasama dan elemen penting mengikut dasar pendidikan nasional yang perlu dimasukkan dalam tahfiz KOPUTRA serta TVET.

Semoga kerjasama ini akan menjadi kenyataan selaras dengan matlamat KOPUTRA merealisasikan tahfiz KOPUTRA.

Terima kasih kepada Lembaga dan Pentadbiran Yayasan Infaq Angkasa atas jemputan ini.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page