top of page

CABUTAN BERTUAH KEMPEN PROMOSI PEMBIAYAAN KOPUTRA 2025

Seri Kembangan, 12 Disember 2025 – Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) telah menganjurkan Program Cabutan Bertuah Kempen Promosi Produk Pembiayaan KOPUTRA 2025 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook dan Zoom rasmi KOPUTRA.

Kempen yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 November 2025 ini melibatkan anggota yang mengambil pembiayaan RM10,000 dan ke atas, dengan keseluruhan 319 penyertaan direkodkan daripada 103 orang anggota.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi KOPUTRA, Tuan Haji Zaharuddin bin Alias, bersama kehadiran barisan pengurusan kanan KOPUTRA. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada anggota atas sokongan berterusan serta memaklumkan bahawa KOPUTRA berjaya mengekalkan prestasi kewangan yang kukuh dengan pendapatan mencapai RM31 juta setahun.

Sebanyak 11 hadiah menarik telah ditawarkan termasuk peralatan elektrik, peranti elektronik, Goldbar KOPUTRA, pakej penginapan serta hadiah utama sebuah motosikal Yamaha. Cabutan dilaksanakan secara langsung dan telus.

Program ini mencerminkan komitmen KOPUTRA dalam menghargai anggota serta memperkukuh kepercayaan melalui tadbir urus yang telus dan berintegriti.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page