top of page

KOPUTRA TERIMA KUNJUNGAN PENSYARAH USIM BAGI KAJIAN LAPANGAN BERKENAAN PEMASARAN PERNIAGAAN EMAS DAN PENDIGITALAN AR-RAHNU

Seri Kembangan, 19 Januari 2026 – Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) telah menerima kunjungan tiga orang pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi sesi temu bual kajian lapangan berkaitan pemasaran perniagaan emas dan pendigitalan Ar-Rahnu di Wisma KOPUTRA 2.

Lawatan tersebut diketuai oleh Dr. Wan A’ tirah (Pensyarah Kanan), bersama Dr. Nuur Halimatus Sa’adiah dan Dr. Raihan, yang memfokuskan kajian terhadap perniagaan Emas Buyback, Emas Lelong dan Emas Preloved, serta inisiatif pendigitalan Ar-Rahnu yang dilaksanakan oleh KOPUTRA.

Sesi dimulakan dengan pembentangan oleh En. Faiz berkenaan latar belakang KOPUTRA, hala tuju koperasi serta pengoperasian Ar-Rahnu dan Kedai Kelana Emas, diikuti perbincangan mengenai kelebihan emas preloved, penerimaan masyarakat serta strategi pemasaran bagi meningkatkan keyakinan pengguna.

Kajian turut menumpukan kepada tahap pendigitalan Ar-Rahnu di KOPUTRA, termasuk cabaran, peluang penambahbaikan serta cadangan pembangunan masa hadapan sejajar dengan perkembangan teknologi kewangan di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

Sebagai pengisian program, delegasi USIM telah dibawa melawat operasi Kelana Emas dan Ar-Rahnu, dan sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang terjalin, pihak USIM telah menyampaikan cenderahati kepada KOPUTRA di akhir sesi, sekali gus mencerminkan hubungan strategik antara institusi akademik dan koperasi dalam pembangunan industri patuh syariah.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page