top of page

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN KOPUTRA KE MENARA PUBLIC GOLD, KUALA LUMPUR

05 Februari 2026

Pengurusan Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Menara Public Gold, Kuala Lumpur, bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam perniagaan emas yang melibatkan industri koperasi dan syarikat emas terkemuka di Malaysia.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KOPUTRA, En. Amran bin Mat Sharif, bersama Ketua Jabatan Anggota dan Pembiayaan, En. Hafizan, Ketua Jabatan Ar-Rahnu dan Emas, Mohd Faiz, serta Eksekutif Anggota dan Pembiayaan, En. Mat Noor.

Sepanjang kunjungan tersebut, pihak pengurusan Public Gold telah membawa delegasi KOPUTRA melawat beberapa kawasan operasi perniagaan di Menara Public Gold sambil memberikan penerangan terperinci mengenai model perniagaan emas yang dipraktikkan oleh Kumpulan Perniagaan Public Gold.

Selepas sesi lawatan, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan dan bertukar pandangan berkaitan peluang kolaborasi dan kerjasama perniagaan emas, termasuk cadangan pelaksanaan konsainan emas, jualan barang kemas, sewaan mesin ATM emas, serta inisiatif-inisiatif lain yang berpotensi untuk dilaksanakan secara bersama. Kerjasama ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada KOPUTRA, Public Gold serta masyarakat awam di Malaysia secara keseluruhan.

Perbincangan ini turut membuka dimensi baharu kepada Public Gold dalam usaha meneroka peluang kerjasama strategik bersama sektor koperasi di Malaysia.

Sesi perjumpaan bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada 12.45 tengah hari.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page