top of page

PROGRAM CSR PERNIAGAAN KOPUTRA DEKATI MASYARAKAT DI MASJID AS-SYARIF

6 Februari 2026, Taman Sungai Besi Indah — Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) terus komited melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila menganjurkan Program Edaran Makanan kepada para jemaah solat Jumaat di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah.

Program ini telah diuruskan oleh Pengurusan KOPUTRA melalui Unit Perniagaan yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya bagi memastikan kelancaran edaran makanan kepada jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat. Inisiatif ini turut mendapat kerjasama erat daripada urusetia Masjid As-Syarif yang membantu menyediakan ruang dan kemudahan bagi memudahkan jemaah menjamu selera sebelum dan selepas menunaikan solat Jumaat.

Pelaksanaan program CSR ini bukan sahaja bertujuan membantu komuniti setempat, malah menjadi salah satu pendekatan pemasaran berhemah KOPUTRA kepada masyarakat umum, khususnya penduduk dan warga kerja di sekitar kawasan operasi cawangan Ar-Rahnu Seri Kembangan dan Ar-Rahnu Balakong. Melalui pendekatan santai dan berteraskan kebajikan ini, KOPUTRA berpeluang memperkenalkan perkhidmatan Ar-Rahnu serta perniagaan lain koperasi seperti Takaful, Pembiayaan, dan Peruncitan secara lebih dekat dan mesra kepada masyarakat.

Selain itu, program ini secara tidak langsung berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat, pihak masjid dan kakitangan KOPUTRA, selaras dengan aspirasi koperasi untuk berkembang seiring pembangunan ekonomi dan kesejahteraan ummah.

Insya-Allah, pihak KOPUTRA merancang untuk meneruskan lagi pelaksanaan program CSR seumpama ini di cawangan-cawangan Ar-Rahnu KOPUTRA yang lain mengikut perancangan Quarter Tahunan, sebagai usaha berterusan mendekati masyarakat dan menyemai nilai keprihatinan sosial dalam setiap aktiviti perniagaan yang dijalankan.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page