top of page

MAJLIS PENYERAHAN SURAT BONUS DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN KOPUTRA

Wisma 2 KOPUTRA, 5 Mac 2026 - Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Bonus dan Kenaikan Pangkat kepada kakitangan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan, komitmen dan prestasi kerja yang telah ditunjukkan sepanjang tahun.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharuddin bin Alias, serta turut dihadiri oleh Encik Sazali bin Sajidin selaku Setiausaha KOPUTRA dan Haji Saifulzaman bin Ahmad selaku Bendahari KOPUTRA. Turut hadir bagi wakil jabatan ialah Ketua-Ketua Jabatan KOPUTRA dan Pengurusan Kanan KOPUTRA.

Majlis ini diadakan sebagai platform bagi menyampaikan penghargaan kepada kakitangan yang telah menunjukkan dedikasi tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing, di samping mengiktiraf pencapaian mereka melalui pemberian bonus dan kenaikan pangkat.

Dalam ucapan Pengerusi KOPUTRA menekankan kepentingan mengekalkan semangat kerja yang tinggi serta meningkatkan produktiviti organisasi dalam menghadapi cabaran dan peluang pada masa hadapan. Beliau turut menyeru agar seluruh warga kerja KOPUTRA terus bekerjasama dan memberikan komitmen terbaik dalam memastikan koperasi terus berkembang maju dan memberi manfaat kepada seluruh anggotanya.

Majlis ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada motivasi dan semangat kerja warga KOPUTRA untuk terus mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan serta memperkukuh prestasi organisasi secara keseluruhan.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page