Penyerahan Sumbangan Tabung Khairat Kematian KOPUTRA
5 November 2025 – Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) telah mengadakan Penyerahan Sumbangan Tabung Khairat Kematian kepada waris dua orang Anggota Koperasi, Allahyarham Mohd Saiful Fairus bin Mohd Haris dan Allahyarham Ku Azizan bin Ku Azmi.
Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh wakil KOPUTRA, Puan Suraya, Anggota Lembaga KOPUTRA (ALK), sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial koperasi terhadap kebajikan ahli serta keluarga mereka.
Penyerahan ini mencerminkan komitmen berterusan KOPUTRA dalam menjaga kebajikan Anggota di samping memperkukuh nilai ukhuwah dan solidariti sesama warga Koperasi.
KOPUTRA mendoakan agar roh kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solehin serta ahli syurga.


