Program CSR Merdeka, Sinergi Korporat, STAR HEBAT di SMK Tuanku Abdul Rahman (SMK TAR), Batu Arang penglibatan sektor Koperasi, Korporat, Institut Pendidikan Tinggi dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
13 September 2025 | SMK Tuanku Abdul Rahman, Batu Arang , Rawang Selangor
Program CSR Merdeka, Sinergi Korporat, STAR HEBAT di SMK Tuanku Abdul Rahman, Batu Arang , Rawang Selangor
Rawang, 13 September 2025 – Program CSR Merdeka, Sinergi Korporat, STAR HEBAT telah dianjurkan di SMK Tuanku Abdul Rahman (SMK TAR), Batu Arang, dengan penglibatan sektor Koperasi, Korporat, Institut Pendidikan Tinggi dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Antara yang turut serta ialah KOPUTRA, KOBANAS, Kop Sahabat, Sham Pest Control (Pest Control), KPC Property Care Sdn Bhd, MSU Centre Excellence For Vision & Eyecare (ICare) dan Pertubuhan Prihatin Penglihatan Malaysia. Aktiviti yang dijalankan termasuk mengecat tembok sekolah, memotong rumput, membersihkan kawasan sekolah dan tandas serta semburan kawalan serangga.
Datin Aliza, Pengetua SMK TAR, melahirkan rasa gembira atas penglibatan sektor koperasi yang disifatkan mampu mengukuhkan hubungan sekolah dan komuniti.
Sementara itu, Tn. Hj. Zaharuddin bin Alias, Pengerusi KOPUTRA, dalam ucapan perasmian menjelaskan program ini selaras dengan Prinsip Ke-7 Koperasi – Prihatin Masyarakat, membuktikan koperasi bukan sahaja berperanan dalam ekonomi, tetapi juga dalam membina kesejahteraan sosial.
Program CSR ini diharap menjadi landasan sinergi berterusan antara sektor koperasi dan pendidikan, demi kesejahteraan bersama.














