KUNJUNGAN AKADEMI KENEGARAAN MALAYSIA (AKM) KE KOPUTRA
3 Februari 2026, Wisma KOPUTRA 2 - Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) telah menerima kunjungan daripada Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pelaksanaan program-program jati diri. Kunjungan ini bertujuan meneroka bentuk kolaborasi yang dapat memperkukuh semangat kenegaraan dalam kalangan kakitangan KOPUTRA, di samping memupuk nilai kerja berpasukan dan patriotisme terhadap negara serta organisasi.
Perbincangan ini dipengerusikan oleh En. Amran Mat Sharif, Ketua Pegawai Eksekutif KOPUTRA, bersama barisan pengurusan KOPUTRA. Turut hadir wakil daripada AKM Selangor iaitu Encik Raja Ismail dan Encik Syazrul selaku pegawai yang bertanggungjawab bagi kawasan ini. Diharapkan perbincangan ini dapat membuka ruang kerjasama berterusan dalam melahirkan kakitangan yang berdaya saing, berdisiplin serta memiliki jati diri yang kukuh selari dengan aspirasi KOPUTRA.


