top of page

Kunjungan hormat daripada pihak Co-opbank Pertama (CBP)

​

5 November 2025 - Pengurusan KOPUTRA telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Co-opbank Pertama (CBP) untuk berkongsi idea mengenai perniagaan Ar-Rahnu bagi Koperasi, termasuk kaedah pengurusan dan pengawalan risiko terhadap modul Ar-Rahnu yang melibatkan proses urus tadbir serta sistem pengoperasian.

​

Kunjungan ini dihadiri oleh empat pegawai CBP diketuai oleh Tn. Hj. Haron bin Mohamed (Ketua Jabatan Kawalan & Pemulihan), En. Sahidan bin Rasdi (Pemangku Ketua Perbankan Koperasi dan Korporat). Perbincangan utama merangkumi peluang perniagaan melibatkan Dana Ar-Rahnu untuk KOPUTRA, terutamanya untuk Cawangan Ar Rahnu yang ke-6 di Senawang, Negeri Sembilan dan juga dana pembiayaan untuk program _Mentor-Mentee_ KOPUTRA bagi memperluaskan industri Ar-Rahnu di kalangan Koperasi di Malaysia.

​

KOPUTRA amat berterima kasih atas lawatan ini dan berharap usaha bersama membawa keberkatan serta manfaat berdua-dua pihak selaras dengan prinsip Koperasi iaitu menjalinkan kerjasama antara koperasi dan maklumat dikalangan Koperasi.

​

Perjumpaan tersebut bermula pada 12.00 tengahari dan berakhir pada 2.00 petang.

​

​

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page