top of page

PROGRAM IBADAH QURBAN KOPUTRA 2026 DI NARATHIWAT, THAILAND

​​

NARATHIWAT, THAILAND - 28 Mei 2026, Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) telah melaksanakan Program Ibadah Korban bertempat di Masjid Bukit Gunung, Narathiwat, Thailand dengan kerjasama pihak pengurusan Masjid Bukit Gunung serta komuniti setempat.

Program ini diadakan sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial dan kebajikan KOPUTRA dalam menyantuni masyarakat serta menghayati semangat pengorbanan dan kebersamaan sempena sambutan Aidiladha. Program ini bermula dengan penyerahan sumbangan serta wang fidyah oleh Tuan Haji Zaharuddin bin Alias selaku Pengerusi KOPUTRA sebelum diteruskan dengan pelaksanaan ibadah korban serta pengagihan daging korban kepada komuniti di sekitar kawasan tersebut.

Kerjasama erat yang terjalin antara KOPUTRA dan pihak Masjid Bukit Gunung telah membantu memastikan perjalanan program berlangsung dengan lancar dan teratur. Pelaksanaan program ini bukan sahaja dapat membantu golongan yang memerlukan, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara KOPUTRA bersama masyarakat Islam di Narathiwat. Diharapkan agar jalinan kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memberikan manfaat berterusan kepada komuniti dan masyarakat setempat.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page