top of page

Pertemuan Koperasi Sungai Gelugor

10 Disember 2025

Satu pertemuan rasmi telah diadakan di Ibu Pejabat Koperasi Sungai Gelugor Berhad, Pulau Pinang membabitkan pihak Pengurusan KOPUTRA, Pengurusan Koperasi Sungai Gelugor serta wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Pulau Pinang.

Pertemuan ini bertujuan membincangkan perkembangan penyediaan dokumentasi bagi pelaksanaan Perniagaan Ar-Rahnu, selain meneliti tindakan yang perlu diambil bagi kerja-kerja ubah suai premis untuk pembukaan Ar-Rahnu di lokasi yang telah dicadangkan.

Selaras dengan perjanjian yang dimeterai, KPC Property Care telah dilantik sebagai entiti bertanggungjawab menguruskan keseluruhan proses ubah suai premis Ar-Rahnu Koperasi Sungai Gelugor.

Jangkaan siap dokumentasi dan siap ubahsuai adalah sebelum Mei 2026 bergantung kepada kelulusan SKM Dan Majlis Perbandaraan Negeri.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page