top of page

Mesyuarat Agung Kawasan (Zon Selatan)

Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) Zon Selatan 2025 Berlangsung dengan Jayanya
Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) Zon Selatan bagi tahun 2025 telah berjaya diadakan pada 19 April 2025 (Sabtu), bertempat di Hotel Muzaffar, Ayer Keroh, Melaka.


Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang anggota Zon Selatan yang terdiri daripada ahli-ahli serta wakil kawasan, dan telah dipengerusikan oleh Encik Jasni bin Ahmad.


Perjalanan mesyuarat berlangsung dalam suasana yang lancar, penuh semangat kerjasama dan profesionalisme. Komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta mencerminkan kesungguhan dalam memperkukuh hala tuju dan strategi organisasi bagi menghadapi cabaran masa hadapan.


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan menyumbang kepada kejayaan penganjuran mesyuarat ini.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page