top of page

TABUNG KEBAJIKAN ANGGOTA / TABUNG KHAIRAT KEMATIAN

Kemudahan yang disediakan untuk anggota-anggota KOPUTRA iaitu sumbangan melalui Tabung Kebajikan Anggota ada disediakan jika berlaku sebarang musibah seperti bencana alam (banjir, kebakaran, gempa bumi, tsunami), kematian ahli keluarga terdekat (pasangan, ibubapa dan anak-anak), penyakit kronik serta sumbangan bagi anggota yang mengerjakan ibadah haji dan umrah.

Salah seorang anggota kita saudara Tuan Hj Abdul Fattah bin Ahmad Nawawi telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi 30 Oktober 2022 di Pengkalan Pegoh, Ipoh, Perak. Beliau telah mengganggotai KOPUTRA sejak 1hb Disember 1995 dan pernah menjadi pencarum tertinggi semasa Mesyuarat Agung Kawasan. Arwah juga menggalakkan anak-anak beliau menyertai KOPUTRA apabila mereka mula bekerja. Arwah Tuan Hj Abdul Fattah seorang yang aktif bersama koperasi dan menjadi perwakilan di Zon Utara.

Anak arwah Khairul Zalik bin Abdul Fattah telah hadir ke Wisma 2, KOPUTRA bagi mewakili ahli keluarga arwah bagi menerima manfaat khairat kematian sebanyak RM 6,000 (RM5,000 – tunai dan RM1,000 – sumbangan bekalan akhirat kepada Wakaf Selangor). Dua orang lagi anak arwah iaitu Alhafiz dan Alfahmi bin Abdul Fattah juga merupakan anggota KOPUTRA.

Selain daripada itu simpanan/caruman arwah dalam modal yuran dan modal syer juga telah diserahkan kepada keluarga arwah melalui Pengerusi KOPUTRA, Tn Hj Zaharuddin Alias sebagai wakil.

KOPUTRA mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Tuan Hj Abdul Fattah dan kami amat berterima kasih atas sumbangan beliau selama menjadi perwakilan KOPUTRA. Al-fatihah dan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamin.

bottom of page