top of page

Kunjungan Hormat oleh Pengarah iCare, Management and Science University (MSU)

​

​

Pada 6 Oktober 2025, KOPUTRA telah menerima kunjungan hormat daripada Prof. Dr. Mohd Zaki Awg Isa, Pengarah iCare, Management and Science University (MSU) yang turut mewakili Pertubuhan Prihatin Penglihatan Malaysia.

​

Pertemuan ini telah membuka ruang perbincangan ke arah potensi kerjasama strategik, dengan fokus utama kepada tiga perkara berikut:

1. Perkongsian pengalaman dan pergerakan koperasi, memandangkan pihak mereka juga baru menubuhkan sebuah koperasi di bawah organisasi tersebut.

​

2. Eksplorasi peluang perniagaan berkaitan optik dan cermin mata, khususnya dari sudut komersialisasi dan kebajikan.

​

3. Inisiatif memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya pelajar sekolah bagi menyediakan kemudahan pemeriksaan dan rawatan penglihatan sebagai usaha mencegah masalah buta huruf di Malaysia.

​

KOPUTRA amat menghargai kerjasama dan hasrat murni ini, dan berharap perbincangan ini dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan program bersama yang memberi impak positif kepada masyarakat.

​

​

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page