MESYUARAT AGUNG KAWASAN (MAK) KOPUTRA 2026 ZON UTARA
Pulau Pinang, 18 April 2026 – KOPUTRA telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) Zon Utara di Pearl View Hotel, Perai selaras dengan keperluan SKM.
Majlis ini menghimpunkan anggota terdiri daripada kakitangan bank, warga kerja, pesara serta ahli keluarga, sebagai platform mengukuhkan hubungan dan membincangkan hala tuju koperasi. Perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi KOPUTRA, Tuan Haji Zaharuddin bin Alias yang menzahirkan penghargaan atas sokongan anggota.
Bagi tahun 2025, KOPUTRA mencatat pendapatan melebihi RM31 juta dan menyasarkan keuntungan lebih RM1 juta. Koperasi juga menyediakan lebih 700 peluang pekerjaan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi.
Mesyuarat turut menerima pelbagai cadangan konstruktif daripada anggota serta diserikan dengan penyampaian penghargaan dan dana kebajikan. Kehadiran direkodkan seramai 88 orang.
Secara keseluruhan, MAK Zon Utara berjaya mencapai objektif dan menjadi pemangkin kepada kemajuan berterusan KOPUTRA.

















