top of page

Mesyuarat Agung Kawasan Selatan 

23 Februari 2019

Hotel Pinetree, Batu Pahat, Johor

KOPUTRA mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan Zon Selatan yang disempurnakan oleh  Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Johor, En. Abdul Fadzil Hussin bertempat di Hotel Pinetree,  Batu Pahat, Johor pada 23 Februari 2019. Terlebih dahulu ucapan aluan dimulakan oleh Pengerusi KOPUTRA, Hj. Zaharuddin Bin Alias.

Dalam ucapan aluan Pengerusi KOPUTRA,  beliau berjanji akan memastikan agar KOPUTRA sentiasa diuruskan dengan lebih baik, termasuk membangunkan kepakaran sumber manusia, memupuk budaya kerja berprestasi tinggi dan membudayakan urus tadbir korporat yang lebih baik. KOPUTRA juga telah menetapkan tranformasi untuk perancangan bagi 5 tahun iaitu 2018 – 2023 bagi memastikan KOPUTRA berada dalam 30 koperasi terbaik di Malaysia.

Majlis diikuti dengan ucapan perasmi oleh  Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Johor, En. Abdul Fadzil Hussin. Dalam ucapan beliau, beliau menegaskan kepada pemimpin koperasi khususnya pemimpin dan pengurusan KOPUTRA harus menukar gaya kepimpinan cara lama kepada pendekatan yang lebih moden yang berteraskan ciri kepercayaan dan ketelusan. Pemimpin koperasi juga harus bersedia untuk mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan melaksanakannya amanah yang diberi oleh anggota. Idea atau pandangan daripada anggota mesti ditimbang dengan sewajarnya dan tidak dipandang sepi begitu sahaja

Majlis kemudiannya diikuti dengan Penyerahan Anugerah Pencarum Tertinggi, Anugerah Pelajar Cemerlang KOPUTRA dan Anugerah Penyumbang Tertinggi Modal Syer & Modal Yuran. Anugerah Pencarum Tertinggi diberikan kepada En.Tajuddin bin A. Rahim, Bekas Kakitangan CIMB Bank Berhad Trade Finance, beliau diwakilkan oleh isteri beliau. Anugerah seterusnya adalah Anugerah Keluarga Teramai yang diberikan kepada Hanimah binti Munajat, bekas kakitangan CIMB Cawangan Nusa Bistari bil anggota keluarga sertai seramai 4 orang.

Mesyuarat kemudian diteruskan dengan agenda-agenda perbentangan KOPUTRA yang diketuai oleh Pengerusi dan barisan-barisan Ahli Lembaga. Perwakilan baru kawasan selatan juga dilantik. 

Pada sesi makan malam, satu pertemuan antara KOPERASI UTHM dan KOPUTRA telah diadakan.Wakil KOPERASI UTHM adalah Prof. Madya Ts. Dr. Razali Bin Hassan yang merupakan Pengerusi  dan Setiausaha koperasi En. Razif Bin salim serta bendahari koperasi Pn Latifah Binti Md Arifin. Pada keesokkan harinya satu pertemuan antara KOPUTRA dengan YB Tuan Mohd Khuzzan Bin Abu Bakar yang merupakan Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor bagi membincangkan peluang perniagaan KOPUTRA yang boleh dijalankan di negeri Johor.

bottom of page