MESYUARAT AGUNG KAWASAN (MAK) 2026 KOPUTRA ZON MALAYSIA TIMUR
Wisma KOPUTRA 1, 5 April 2026 – Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) Zon Malaysia Timur secara dalam talian melalui platform Zoom Online. Mesyuarat ini berlangsung dengan lancar dan mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada anggota-anggota di Sabah dan Sarawak.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi KOPUTRA, Tuan Haji Zaharuddin bin Alias. Dalam ucapan beliau, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu anggota-anggota KOPUTRA yang sentiasa komited dalam memacu koperasi ke arah kecemerlangan berterusan.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh 11 orang Anggota Lembaga KOPUTRA (ALK), wakil Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD), barisan Pengurusan Kanan serta urusetia pelaksana.
Mesyuarat ini dilaksanakan secara dalam talian bagi menyahut seruan anggota untuk lebih berjimat cermat dalam menghadapi hari-hari yang suka kelak. Pihak KOPUTRA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota Zon Malaysia Timur kerana kehadiran seramai 46 orang menyaksikan komitmen anggota untuk terus menyokong gerakan koperasi.
Penganjuran MAK ini merupakan platform penting untuk membincangkan hal ehwal koperasi, di samping memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan anggota serta merangka hala tuju strategik koperasi ke arah yang lebih mampan dan berdaya saing.
Secara keseluruhannya, MAK KOPUTRA 2026 Zon Malaysia Timur telah berjaya mencapai objektifnya walaupun dilaksanakan secara dalam talian. Pendekatan ini tidak menjadi halangan, malah membuktikan komitmen tinggi semua pihak dalam memastikan kelancaran mesyuarat. Dengan semangat kebersamaan dan iltizam yang kukuh, KOPUTRA diyakini akan terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.












