MESYUARAT AGUNG KAWASAN (MAK) KOPUTRA 2026 ZON TIMUR
Kota Bharu, 25 April 2026 – KOPUTRA telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) Zon Timur di Crown Garden Hotel, Kota Bharu, Kelantan selaras dengan keperluan SKM.
Majlis ini menghimpunkan anggota terdiri daripada kakitangan bank, warga kerja, pesara serta ahli keluarga, sebagai platform mengukuhkan hubungan dan membincangkan hala tuju koperasi. Perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi KOPUTRA, Tuan Haji Zaharuddin bin Alias yang menzahirkan penghargaan atas sokongan anggota yang hadir dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Dalam ucapan perasmian, Tn Hj Zaharuddin Alias memaklumkan bahawa bagi tahun 2025, aset KOPUTRA meningkat sebanyak RM10 juta @ 7% dari RM159.5 juta tahun 2024 kepada RM170 juta pada tahun 2025. Pendapatan pula menurun sebanyak 3% dari RM32juta tahun 2024 kepada RM31.2 juta pada tahun 2025. Menurut Pengerusi , KOPUTRA menyediakan lebih 700 peluang pekerjaan sekali gus menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi.
Mesyuarat turut menerima pelbagai cadangan konstruktif daripada anggota serta diserikan dengan penyampaian penghargaan dan dana kebajikan. Di Majlis yang sama KOPUTRA melancarkan Applikasi Mudah Alih yang baru yang membolehkan anggota mendapat pelbagai maklumat semasa KOPUTRA dengan mudah.
Secara keseluruhan, MAK Zon Timur berjaya mencapai objektif dan menjadi pemangkin kepada kemajuan berterusan KOPUTRA.





















