Kunjungan Hormat Pengarah Ungku Aziz Centre for Development Studies (UAC)
Wisma KOPUTRA 2, Seri Kembangan, Selangor.
18 Ogos 2025 | Wisma KOPUTRA 2 , Seri Kembangan Selangor.
KOPUTRA telah menerima kunjungan hormat daripada Prof. Datin Dr. Suhaiza Hanim, Pengarah Ungku Aziz Centre for Development Studies (UAC), Universiti Malaya di Wisma KOPUTRA 2, Seri Kembangan, Selangor.
Tujuan pertemuan ini adalah untuk membincangkan potensi kerjasama pembangunan usahawan serta pelaksanaan program wakaf yang boleh memberi manfaat kepada koperasi dan komuniti.
Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharuddin Haji Alias menyatakan bahawa kerjasama antara koperasi dan universiti adalah suatu perkembangan positif yang mampu memperkukuhkan keberkesanan aktiviti koperasi melalui kepakaran akademik serta penyelidikan universiti.
Dalam lawatan tersebut, Prof. Dr. Suhaiza Hanim turut berkesempatan melawat Kedai Emas dan ArRahnu KOPUTRA. Beliau mengucapkan tahniah kepada KOPUTRA atas kejayaan dalam mengembangkan perniagaan emas yang dianggap sebagai satu langkah strategik dan berdaya saing.
Kunjungan ini diharapkan menjadi permulaan kepada hubungan strategik antara UAC dan KOPUTRA dalam memperkasakan pembangunan sosioekonomi ummah melalui usahawan koperasi dan instrumen wakaf.
Turut hadir dalam perbincangan tersebut adalah En Amran Sharif, Kerua Pegawai Eksekutif KOPUTRA.




