Mesyuarat Agung Kawasan (Zon Timur)
Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) Zon Timur 2025 Berlangsung dengan Jayanya
Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) Zon Timur bagi tahun 2025 telah berjaya diadakan pada 26 April 2025 (Sabtu), bertempat di Hotel Residence Inn, Cherating, Pahang.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai 35 orang anggota Zon Timur yang terdiri daripada ahli-ahli serta wakil kawasan, dan telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Zaharuddin bin Alias.
Perjalanan mesyuarat berlangsung dalam suasana yang lancar, penuh semangat kerjasama dan profesionalisme. Komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta mencerminkan kesungguhan dalam memperkukuh hala tuju dan strategi organisasi bagi menghadapi cabaran masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan menyumbang kepada kejayaan penganjuran mesyuarat ini.