top of page

Mesyuarat Agung Kawasan (Zon Tengah)

Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) Zon Tengah 2025 telah berjaya dianjurkan pada 3 Mei 2025 bertempat di Dewan Masjid Raja Haji Fisabillillah, Cyberjaya, Selangor dengan penyertaan aktif daripada para anggota dan wakil kawasan Zon Tengah.

 

Ucapan alu-aluan kepada kesemua anggota yang telah hadir bagi mesyuarat ini telah disampaikan oleh Pengerusi KOPUTRA iaitu Tn. Hj. Zaharuddin bin Alias. Manakala, mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Jasni Bin Ahmad. Bagi MAK Zon Tengah ini, mesyuarat telah dirasmikan oleh Datuk Baharum Bin Embe yang merupakan Pengerusi kepada Koperasi Co-op Bank Pertama yang lebih popular dikenali sebagai Co-op Bank Pertama (CBP).

 

Pihak KOPUTRA sangat beruntung kerana mesyuarat telah dirasmikan oleh beliau. Sesi mesyuarat bagi zon ini membuktikan kesungguhan semua pihak dalam memastikan prinsip koperasi terus diangkat dan diperjuangkan di peringkat kawasan. Terima kasih kepada semua anggota atas penglibatan dan dedikasi yang ditunjukkan.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page