Mesyuarat Agung Kawasan (Zon Wilayah)
Mesyuarat Agung Kawasan Zon Wilayah 2025 telah berlangsung pada 3 Mei 2025 bertempat di Dewan Masjid Raja Haji Fisabillillah, Cyberjaya, Selangor, dengan kehadiran yang amat menggalakkan daripada para anggota Zon Wilayah. Ucapan alu-aluan kepada kesemua anggota yang telah hadir bagi mesyuarat ini telah disampaikan oleh Pengerusi KOPUTRA iaitu Tn. Hj. Zaharuddin bin Alias.
Manakala, mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Jasni Bin Ahmad yang turut mengetuai perbincangan ke arah penambahbaikan strategi pengurusan dan penyertaan anggota. Mesyuarat bagi zon ini juga turut dirasmikan oleh seorang sosok besar di dalam sektor koperasi dimana Pn. Hjh. Sharifah Aminah Binti Syed Mohssain yang merupakan Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan.
Semangat profesionalisme dan keterbukaan dalam sesi ini memberi petanda positif kepada hala tuju koperasi di masa akan datang. KOPUTRA mengucapkan terima kasih atas komitmen semua yang menjayakan mesyuarat ini.