Mesyuarat Agung Kawasan (Zon Utara)
[MESYUARAT AGUNG KAWASAN ZON UTARA]
Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) Zon Utara 2025 telah diadakan dengan jayanya pada 10 Mei 2025, bertempat di Hotel Legend Inn, Taiping, Perak. Ucapan alu-aluan kepada kesemua anggota yang telah hadir bagi mesyuarat ini telah disampaikan oleh Pengerusi KOPUTRA iaitu Tn. Hj. Zaharuddin bin Alias.
Manakala, mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Jasni Bin Ahmad. Seperti MAK di kawasan ini, MAK di Zon Utara juga dihadiri oleh figura penting bagi dunia koperasi iaitu Tn. Hj. Mohamed Shafie yang merupakan Pengerusi ANGKASA Perak.
Perbincangan dan pandangan yang dikongsi sepanjang mesyuarat mencerminkan aspirasi bersama dalam memantapkan lagi peranan KOPUTRA. Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dan memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi.