top of page

Mesyuarat Agung Kawasan (Zon Malaysia Timur)

Mesyuarat Agung Kawasan Zon Malaysia Timur 2025 telah berlangsung dengan penuh kejayaan pada 17 Mei 2025, bertempat di Hotel Kingwood, Kuching, Sarawak. 


Ucapan alu-aluan kepada kesemua anggota yang telah hadir bagi mesyuarat ini telah disampaikan oleh Pengerusi KOPUTRA iaitu Tn. Hj. Zaharuddin bin Alias. Manakala, mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Jasni Bin Ahmad. 


Seperti MAK di kawasan ini, MAK di Zon Malaysia Timur juga dihadiri oleh figura penting bagi dunia koperasi bagi Wilayah Borneo iaitu En. Mohamed Mortadza Bin Matrang yang merupakan Setiausaha ANGKASA Sarawak. Perjalanan mesyuarat berjalan lancar dengan perbincangan yang konstruktif serta semangat kerjasama yang tinggi antara anggota.


Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan mesyuarat ini dengan penuh komitmen dan dedikasi.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page