Lawatan Sambil Belajar daripada Pengurusan Koperasi Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad.
Pada 12 Jun 2025 Pengurusan KOPUTRA telah menerima lawatan sambil belajar daripada Pengurusan Koperasi Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad.
Lawatan diketuai oleh Pengerusi mereka En.Shamsuddin Setiausaha En.Salehuddin, dan Bendahari En.Abd Razak daripada wakil ALK. Wakil Pengurusan diketuai oleh Haji Mior Shahrin selaku Pengurus Besar dan wakil pengurusan Ar-Rahnu turut hadir untuk lawatan sambil belajar ke KOPUTRA.
Lawatan ini lebih kepada untuk menambah pengetahuan berkenaan emas dan urustadbir untuk seliaan dan operasi perniagaan Ar-Rahnu.
Mereka amat berharap KOPUTRA dapat membantu mereka untuk menambah pendapatan melalui perniagaan emas selain Ar-Rahnu kepada Koperasi dan anggota Koperasi.
KOPUTRA turut membawa Pengurusan Koperasi Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad melawat ke ruang perniagaan Ar-Rahnu dan Kedai Kelana Emas KOPUTRA supaya dapat menjadi satu aspirasi kepada Koperasi berkenaan untuk mempelbagaikan perniagaan mereka.
Insya Allah



