top of page

Lawatan dan kerjasama Strategik KOPUTRA x Koperasi Mercantile

KOPUTRA menerima kunjungan rasmi daripada Koperasi Jimat Cermat & Pinjaman Mercantile Berhad bagi membincangkan peluang kerjasama penubuhan Ar-Rahnu Mercantile.

Delegasi Mercantile diketuai oleh Pengerusi, Tn. Zulkifli Mohamed, manakala KOPUTRA diwakili CEO, En. Amran Mat Sharif bersama pasukan Ar-Rahnu & Kelana Emas.

Antara fokus mesyuarat:

- Model operasi Ar-Rahnu

- Pematuhan Syariah

- Sistem & kawal selia

- Potensi pendapatan dan pembangunan jenama

- Latihan & pembangunan modal insan

Mercantile menyatakan komitmen tinggi untuk memulakan perkhidmatan Ar-Rahnu dengan kerjasama rapat KOPUTRA. Kami di KOPUTRA melihat ini sebagai peluang besar untuk memperkukuh ekosistem koperasi dan memperluas akses kewangan mikro kepada masyarakat.

Kerjasama ini akan diteruskan melalui sesi teknikal dan perbincangan lanjutan.

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page