top of page

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan

kali ke-39 KOPUTRA

Hotel TENERA, Bandar Baru Bangi, Kajang Selangor.

16 Ogos 2025

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-39 KOPUTRA telah berjaya dilaksanakan pada 16 Ogos 2025, bertempat di Hotel TENERA, Bandar Baru Bangi, Kajang Selangor.

Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Ahli Parlimen Jelebu merangkap Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan. Beliau dalam ucapannya telah memuji pencapaian KOPUTRA yang terus kekal sebagai koperasi berklaster besar, membuktikan daya ketahanan dan kemajuan yang konsisten.

Sementara itu, Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharuddin Alias menegaskan bahawa KOPUTRA berupaya membayar dividen setiap tahun serta berjaya menyediakan lebih 600 peluang pekerjaan, sekali gus mengangkat koperasi ini sebagai wadah ekonomi yang memberi manfaat menyeluruh kepada masyarakat.

Bagi pihak Lembaga, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua perwakilan, tetamu jemputan serta seluruh warga KOPUTRA yang hadir dan memberi sokongan dalam menjayakan mesyuarat ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada KOPUTRA untuk terus unggul dan berdaya saing pada masa hadapan.

 

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B
Jalan Sungai Besi Indah 1/19, Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Tel :   03-89419770
Fax :  03-89392079

Email : admin@koputra.com.my

bottom of page