top of page

Hari Mesra
Anggota Koputra 2023

Pada 25hb Februari 2023, telah diadakan Hari Mesra Anggota Koputra di perkarangan Wisma Koputra 2. Kakitangan bahagian perniagaan Koputra ditempatkan di Wisma Koputra 2 disamping kedai emas Kelana Emas dan Ar Rahnu milik Koputra.

Banyak aktiviti dijalankan antaranya serahan baucar BATA, penyerahan T-Shirt Koputra kepada anggota, promosi pembiayaan peribadi dan lebih istimewa acara cabutan bertuah serta ‘free gift’ untuk yang hadir. Majlis mendapat sambutan yang hebat dimana lebih 155 orang anggota hadir. Turut hadir adalah Ahli Lembaga Koputra, En. Amran (Chief Executive Officer) dan En. Zulhariz (Chief Operating Officer).

Banyak aktiviti jualan dijalankan oleh vendor skim pembiayaan Koputra antaranya Sejaras Sdn Bhd (barang elektrik/basikal/jam), Dlens (cermin mata), dan rakan perniagaan Koputra seperti KOWIMA (tudung) serta Usahanita (makanan/aksesori). Turut membuat jualan adalah Jabatan Perniagaan, Jabatan Perkhidmatan Kewangan & Takaful dan Kelana Emas.

Koputra turut membuat penyerahan sumbangan khairat kematian kepada waris arwah Masidayu binti Fazil dan arwah Azlan bin Saliman. Masing-masing menerima manfaat khairat kematian sebanyak RM6,000 (RM5,000 – tunai dan RM1,000 – sumbangan Wakaf Selangor sebagai bekalan akhirat).

Dalam ucapannya, Pengerusi Koputra, Tuan Haji Zaharudin bin Alias mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Beliau menjelaskan Koputra sedang dan akan terus melibatkan diri dalam perniagaan berimpak tinggi demi kemajuan serta menjaga kebajikan anggota.

bottom of page