top of page

Majlis Perasmian Smart Reader Kids® Tamarind Square & MOU

Majlis Perasmian Smart Reader Kids® Tamarind Square dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) dengan Smart Reader® Worldwide Sdn. Bhd.

Pengerusi KOPUTRA, Tuan Haji Zaharuddin Alias memaklumkan KOPUTRA adalah francais korporat pertama di dalam Pendidikan awal kanak-kanak Smart Reader®. Beliau turut menyasarkan penubuhan 10 pusat baharu pada tahun ini selain merancang untuk membuka lebih banyak lagi pada masa hadapan di bawah KOPUTRA dan juga koperasi-koperasi seluruh Malaysia.
Menurut beliau, selain di Cyberjaya, KOPUTRA juga akan melancarkan tiga lagi pusat Smart Reader Kids® yang terletak di Pusat Bandar Senawang (Negeri Sembilan), Seksyen U13 (Setia Alam, Shah Alam) dan Taman Belimbing (Seri Kembangan) dalam masa terdekat.
MoU tersebut yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Smart Reader®, Dato' Sri Dr Richard Ong dan KOPUTRA yang diwakili Tuan Haji Zaharuddin Alias telah disaksikan oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan. Beliau mewakili Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah.
KOPUTRA dan Smart Reader® Worldwide turut mengadakan perbincangan untuk mengadakan perkongsian dengan Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad, Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka (M) Berhad, Koperasi Bank Simpanan Nasional dan Koperasi Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman Berhad untuk menubuhkan pusat Smart Reader Kids.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail; Pengerusi Persatuan Francais Malaysia, Datuk Dr. Radzali Hassan dan Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Mohamad Nazer Hashim.

bottom of page