Sesi Pembentangan Konsultasi Perniagaan Ar-Rahnu (SKM Selangor)
Satu sesi pembentangan Konsultasi Perniagaan Ar-Rahnu telah diadakan dengan kehadiran wakil daripada FEDKEW (2 orang), KOPUTRA (2 orang) dan Koperasi Keluarga Haji Omar (4 orang).
Mesyuarat dimulakan oleh Pn. Zulfazlini (FEDKEW), yang memperkenalkan para hadirin serta memberi penerangan mengenai peranan, fungsi dan produk-produk FEDKEW. Seterusnya, En. Aziz mewakili Koperasi Keluarga Haji Omar menjelaskan tujuan kehadiran pihak mereka serta isu yang dihadapi, iaitu kekangan modal yang menyebabkan operasi Perniagaan Ar-Rahnu yang diluluskan sejak tahun 2021 telah tertangguh.
Koperasi memaklumkan bahawa mereka kini mempunyai pelabur yang berminat untuk membantu membuka semula perniagaan Ar-Rahnu tersebut. En. Faiz daripada KOPUTRA kemudiannya membentangkan syarat-syarat utama bagi membuka perniagaan Ar-Rahnu serta menerangkan kelebihan program Konsultasi Mentor-Mentee KOPUTRA.
Pihak Koperasi Haji Omar menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat konsultasi daripada KOPUTRA dan berharap bimbingan tersebut dapat membantu mereka mengembangkan perniagaan Ar-Rahnu dengan jayanya. En. Faiz menasihatkan agar Koperasi menyemak terlebih dahulu Undang-Undang Kecil (UUK) serta kelayakan asas berkenaan pelaburan sebelum mendapatkan perkhidmatan konsultasi.
Sesi diakhiri dengan persetujuan bahawa pembentangan seterusnya akan diadakan selepas penandatanganan Perjanjian Kerahsiaan (NDA).



