MESYUARAT PEMBENTANGAN BAJET & STRATEGI KOPUTRA 2025
MEDAN, INDONESIA
Mesyuarat Pembentangan Bajet & Strategi KOPUTRA 2025 ini telah dihadiri oleh kesemua ALK, dua orang JAD, dan 13 orang pengurusan KOPUTRA yang melibatkan Ketua Jabatan/Unit serta successor sebagai urusetia bagi melaksanakan mesyuarat ini. Mesyuarat ini telah berlangsung pada 15 hingga 17 November 2024 di Hotel Emerald, Medan, Indonesia. Mesyuarat ini penting bagi KOPUTRA kerana kesemua Ketua Jabatan/Unit membentangkan bajet serta sasaran mereka bagi tahun hadapan. Pembentangan ini juga memperlihatkan perbincangan dua hala diantara pihak ALK dan JAD terhadap kesemua Ketua Jabatan/Unit yang membentangkan sasaran mereka.
Tambahan pula, mesyuarat yang dijalankan di luar negara ini dapat meluaskan penjenamaan KOPUTRA di peringkat antarabangsa. Perkara ini dikatakan demikian kerana pihak KOPUTRA telahpun melakukan kunjungan hormat kepada satu koperasi di Medan iaitu Koperasi Surya Abadi Mandiri yang melakukan perniagaan yang patuh syariah sama seperti KOPUTRA. Kerjasama lanjutan yang akan dilaksanakan diantara kedua-dua koperasi ini mampu menjadi batu loncatan kepada KOPUTRA bagi meluaskan empayar perniagaan di Indonesia dengan menawarkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak KOPUTRA.
Selain itu, pada tanggal 17 November 2024, pihak pengurusan KOPUTRA telah menyambut ulang tahun kelahiran Pengerusi serta Penolong Setiausha KOPUTRA iaitu Tuan Haji Zaharuddin dan Puan Sharifah Zamzariah bersama-sama. Sambutan ini sebagai satu ucapan terima kasih pihak pengurusan kepada kedua-dua figura ini.
Sekian













